Tuesday, 20 December 2011

KEDUDUKAN


PENGENALAN

· Semua lokasi di atas permukaan bumi memiliki alamat am (global address).
· Alamat umum berasaskan nombor dikenali sebagai koordinat—nombor yang mewakili kedudukan longitud dan latitud.
· Penggunaan alamat umum di permukaan bumi dibuat berasaskan kepada garisan latitud dan longitud yang dikenali sebagai peta grid.
· Jarak di antara garisan adalah 1 iaitu 111km.




Garisan Latitud dan Longitud





GARISAN LATITUD

· Garisan yang dilukis secara melintang dan selari dengan garisan khatulistiwa.
· Diukur dengan nilai darjah () dari 0 - 90 utara dan selatan.
· Garisan latitud 0 iaitu garisan khatulistiwa merupakan garisan bayangan yang
     membahagikan bumi kepada 2 zon—hemisfera   
     utara dan hemisfera selatan.
· Berfungsi sebagai penentu lokasi atau
     kedudukan di atas peta dan glob.


GARISAN LONGITUD
· Garisan bayangan yang dilukis dari Utara ke Selatan di atas glob.
· Sebagai penentu waktu tempatan
· Ukuran sudut bagi garisan longitude ialah:-
1. Zon Barat 0 - 180B
2. Zont Timur 0 - 180T
· Garisan Longitud 180T dan 180B adalah garisan yang sama dan dikenali sebagai
    Garisan Tarikh Antarabangsa (GTA) .
· GTA penting untuk pertukaran tarikh
     antarabangsa.





ZON WAKTU


· Untuk tentukan zon waktu dan waktu piawai garisan bujur/longitud digunakan sebagai
    rujukan.
· Zon waktu dunia dibahagikan dlm 24 zon waktu.
· Formula untuk pengiraan waktu:
1 = 4 (‘) minit
15 = 60 (‘) minit
· Waktu ditambah apabila ke Timur (kanan) dan ditolak apabila ke Barat (kiri)



No comments:

Post a Comment