Tuesday 20 December 2011

BENTUK MUKA BUMI




Malaysia mempunyai pelbagai bentuk muka bumi yang indah iaitu :
1. Tanah tinggi
2. Tanah pamah
3. Pinggir Laut
4. Saliran

TANAH TINGGI
Kawasan tanah tinggi yang terdapat di Malaysia ialah di sekitar:
· Bahagian tengah Semenanjung Malaysia
· Bahagian pedalaman Sabah dan Sarawak

Antara kawasan tanah tinggi :
- Gunung lipat muda - Gunung lipat tua
- Banjaran - Dataran tinggi

Kepentingan kawasan tanah tinggi :
· Kawasan pembalakan
· Kawasan tadahan air dan legeh
· Pusat peranginan
· Tapak penjanaan kuasa hidro elektrik
· Kawasan pertanian

TANAH PAMAH
Kawasan tanah pamah di Malaysia biasanya    terletak di lembah-lembah sungai dan
berhampiran dengan pinggir laut. Antaranya:
- Dataran - Lambah
- Lembangan - Delta
- Paya

Kepentingan kawasan tanah pamah:
· Kawasan pertanian
· Kawasan perlombongan
· Tapak petempatan
· Tumpuan jalan raya dan jalan keretapi

PINGGIR LAUT

       Malaysia terletak di kawasan Pentas Sunda. Oleh itu, laut di sekeliling Malaysia adalah cetek dan kedalamannya adalah lebih kurang 180 meter. Semua negeri di Malaysia mempunyai kawasan pinggir laut kecuali Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.








Bentuk Muka Bumi Pinggir Laut



SALIRAN

       Sistem saliran terdiri daripada aliran sungai utama dan beberapa cawangannya. Kawasan yang disaliri oleh sungai utama dan cawangannya di namakan lembangan sungai. Cara cawangan sungai dan sungai utama dijalin antara satu dengan lain dikenali sebagai pola saliran.

Jenis pola saliran:





No comments:

Post a Comment