Susunan Giliran
(Rotation Order)
Susunan giliran untuk
setiap pasukan yang ditetapkan pada permulaan permainan haruslah kekal di
sepanjang set permainan. Enam pemain setiap pasukan mesti berada dalam
gelanggang seperti yang ditunjukkan dalam Rajah . Tiga pemain berada di
sepanjang jaring yang dikenali sebagai pemain hadapan. Mereka terdiri daripada
pemain kiri yang menduduki posisi 4, pemain tengah di posisi 3, dan pemain
kanan di posisi 2. Tiga pemain belakang pula terdiri daripada pemain kiri yang
menduduki posisi 5, pemain tengah pada posisi 6 manakala pemain kanan di posisi
1.
Selepas
servis dilakukan, pemain-pemain dibenarkan bergerak bebas di gelanggang sendiri
dan di zon bebas. Apabila pasukan yang menerima servis telah membuat servis,
pemain-pemainnya haruslah berputar
mengikut arah jam ke posisi seterusnya, iaitu pemain di posisi 2 akan
bergerak ke posisi 1 untuk menjadi pemain yang akan membuat servis selepas itu
dan pemain di posisi 1 akan bergerak ke posisi 6 sehinggalah seterusnya semua
pemain bertukar posisi. Sekiranya berlaku sesuatu kesalahan posisi atau
kesalahan giliran, kesalahan itu akan didenda dengan kekalahan rali dan
seterusnya kesalahan mestilah diperbetulkan dengan segera.
No comments:
Post a Comment