Tuesday, 20 December 2011

PERKEMBANGAN SISTEM PERHUBUNGAN DI MALAYSIA


Maksud Jaringan Pengangkutan


Sistem  laluan pergerakan melalui

1)          Jalan raya
2)          lebuh raya
3)          jalan kereta api
4)          air
5)          udara

Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan jaringan pengangkutan.

      Dasar Pembangunan Negara
      Perkembangan ekonomi
      Kemajuan teknologi
      Aspek fizikal
      Keselesaan pengguna

Pengangkutan Darat

Pengangkutan darat terbahagi kepada dua bahagian iaitu:
  1.  Jalan raya
  2.  Jalan kereta api

  Jalan Raya

      Pada umumnya, jaringan jalan raya dan lebuh raya adalah lebih
            padat dan tertumpu di pantai barat:
1)      Semenanjung Malaysia
2)      Sabah
3)      Sarawak
       Kerajaan telah meningkatkan taraf jalan raya yang sedia ada.

  Contohnya:

  •  Lebuh Raya Persekutuan yang menghubungkan Kuala Lumpur
             dengan Klang dinaikkan taraf menjadi tiga lorong daripada
             dua lorong.
  • Jalan raya juga dibina untuk menghubungkan kawasan :

  1.  Penanaman getah
  2.  Kelapa sawit
  3.  Perlombongan bijih timah
  4. Kawasan perindustrian
  5.  Pelabuhan

       Di Semenanjung Malaysia, jalan raya dan lebuh raya dibina untuk
             di dataran pantai barat dan pantai timur.
      Kemajuan teknologi juga membolehkan pembinaan lebuh raya
             di kawasan tanah tinggi.
       Jaringan pengangkutan ditingkatkan lagi dengan adanya Jambatan
            Pulau Pinang yang menghubungkan tanah besar Semenanjung
            Malaysia dengan Pulau Pinang.

      Lebuh Raya Persekutuan  dibina bagi memendekkan masa perjalanan
            antara Kuala Lumpur dengan Klang dan Pelabuhan Klang.
       Lebuh raya bertingkat dan lingkaran bertingkat dibina bagi mengurangkan
             kesesakan lalu lintas.
      Terowong  juga dibina untuk memendekkan masa perjalanan.
       Lebuh  Raya Damansara – Puchong menggunakan Sistem Pengangkutan
            Pintar (ITS) .

Jalan kereta api

      Tujuan pembinaan  jalan kereta api adalah untuk mengangkut 
             barangan dan penumpang.
       Sistem pengangkutan kereta api di Semenanjung Malaysia terus
            berkembang menjadi satu jaringan yang menghubungkan setiap
            bandar utama di seluruh negara.
      Di Semenanjung Malaysia, landasan kereta apinya ialah sepanjang
            1811 km.
       Di Sabah , landasan kereta apinya ialah sepanjang 138 km.
       Di Sarawak , perkhidmatan kereta apinya tidak dimajukan.
       Perkhidmatan kereta api juga dapat meningkatkan hubungan
            dengan kawasan pedalaman dan memudahkan usaha membangunkan ekonomi
            kawasan berkenaan.


Jaringan landasan kereta api di Malaysia




Kereta api kargo menyediakan perkhidmatan:
a)      Pengangkutan barang
b)      Membantu meningkatkan urusan perniagaan dan perdagangan.
      Untuk perjalanan jarak jauh, perkhidmatan kereta api penumpang yang    disediakan adalah seperti perkhidmatan antara bandar, utara-selatan dan pantai timur.
       Perkhidmatan kereta api ‘Ekspres Antarabangsa’ menghubungkan Bangkok,       Kuala Lumpur dan Singapura. Perkhidmatan ini telah menggalakkan industri pelancongan di negara kita.
       Perkhidmatan rel bersepadu diperkenalkan di Lembah Klang kerana keperluan terhadap pengangkutan penumpang adalah tinggi.
       Perkhidmatan rel bersepadu amat penting kerana dapat :
a)     mengurangkan kesesakan lalu lintas di Bandar Raya Kuala Lumpur
b)     memendekkan masa perjalanan
c)      menyediakan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap
d)     mengurangkan masalah pencemaran udara

Pengangkutan Air
      Terdapat tiga jenis pengangkutan air iaitu :
Ø   pengangkutan di sepanjang sungai
Ø   di persisiran pinggir laut
Ø   jalan pelayaran melintasi laut

       Di Sabah & Sarawak pengangkutan sungai masih penting sebagai sistem pengangkutan kerana :

  
Ø  kekurangan pengangkutan darat
Ø   kosnya yang murah
Ø   dapat digunakan sepanjang tahun
Ø   banyak petempatan terletak berhampiran sungai





       Pengangkutan sungai di Semenanjung Malaysia adalah kurang penting kerana keadaan sungai yang pendek, cetek dan sempit menyebabkan kapal tidak sesuai digunakan.
      Selain pengangkutan sungai, pengangkutan laut juga penting di negara Malaysia.
      Negara kita mempunyai jaringan jalan laut yang menghubungkan pelabuhan tempatan (pelabuhan utama) dengan pelabuhan-pelabuhan utama di negara-negara lain seperti :
v  Pelabuhan Yokohama (Jepun)
v  Pelabuhan New York (Amerika Syarikat)
      Kerajaan juga melengkapkan pelabuhan dengan kemudahan kontena dan membaiki kapal.
      Pengangkutan persisiran pantai penting bagi penduduk yang tinggal di pinggir pantai khasnya untuk mengangkut barangan pukal seperti hasil pertanian dan kayu balak dari pelabuhan kecil ke pelabuhan utama.

Pengangkutan Udara
      Negara Malaysia mempunyai laluan udara yang menghubungkan bandar-bandar utama dalam negara dan bandar utama dengan ibu kota lain di dunia.
      Perkhidmatan pengangkutan udara juga merupakan pengangkutan utama yang menghubungkan Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak.
      Di negara Malaysia, terdapat lapangan terbang antarabangsa dan lapangan terbang dosmetik.
      Kebanyakan perkhidmatan pengangkutan udara ini dikendalikan oleh :
1)     Penerbangan Malaysia (MAS)
2)     Syarikat Air Asia


      Terdapat dua jenis penerbangan yang dijalankan iaitu :
1)     Penerbangan domestik
2)     Penerbangan antarabangsa
       Perkhidmatan penerbangan ini membolehkan pergerakan penumpang antara negara kita dengan negara luar.
       Pengangkutan udara penting untuk mengangkut barangan import seperti ubat-ubatan dan barangan elektronik.
       Barangan seperti komponen komputer, bunga, dan buah-buahan dieksport melalui udara juga kerana barangan ini mudah rosak dan perlu dihantar dengan segera.
       Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang dibangunkan menjadi pusat penerbangan serantau.
Flowchart: Document: Jalan raya di kedua-dua negara ini penting untuk :
i. Mengangkut hasil pertanian 
ii. Pembalakan 
iii. Perikanan 
iv. Perlombongan 
v. Perindustrian 
vi. Penumpang



Kepentingan Jaringan Pengangkutan terhadap Pembangunan Negara Malaysia dan Kanada

   Jalan raya di kedua-dua negara ini penting untuk :
  1. Mengangkut hasil pertanian
  2. Pembalakan
  3. Perikanan
  4. Perlombongan
  5. Perindustrian 
 Kepentingan pengangkutan lebuh raya tersebut ialah :
  1. Membolehkan pergerakan penduduk
  2. Meningkatkan darjah ketersampaian
  3. Jarak perjalanan dipendekkan
  4. Menjimatkan masa


       Kanada mempunyai jaringan lebuh raya (7 300 km), iaitu Lebuh Raya Trans Kanada dan Malaysia, Lebuh Raya Utara-Selatan.



Kesan Perkembangan Pengangkutan terhadap Alam Sekitar





No comments:

Post a Comment