Thursday, 15 December 2011

Bola Tampar

Pengenalan Bola Tampar


Bola tampar merupakan satu sukan Olimpik di mana dua pasukan yang dipisahkan oleh satu jaring tinggi menggunakan tangan atau bahagian badan lain untuk memukul atau menampar sebiji bola melangkaui jaring kepada lawan . Setiap pasukan yang mempunyai enam pemain dibenarkan memukul bola tersebut tiga kali berturut-turut. Mata dikira apabila bola jatuh ke dalam gelanggang lawan, lawan melakukan kesalahan atau lawan gagal mengembalikan bola dengan betul.

Bola tampar merupakan satu sukan aktif. Disebabkan banyak serangan memerlukan pemain menyentuh bola di atas jaring, kebolehan melompat ditekankan dalam permainan ini. Sukan bola tampar di Malaysia bermula sekitar tahun 1920-an di Pulau Pinang. Ia dipopularkan oleh pelajar-pelajar yang baru pulang daripada Universiti Chi-Nan, Shanfhai, sebelum berkembang di Selangor dan negeri-negeri lain.


Sejarah Bola Tampar


Permainan ini mula diperkenalkan pada tahun 1893 di negara Jerman dan digelar sebagai Faust Ball. Pada tahun 1895 pula, William G. Morgan telah mengubah permainan Jerman ini lalu mencipta permainan bola tampar. Perubahan telah berlaku dengan suatu permainan yang bernama  MintonIa di bawa ke negara Amerika Syarikat pada tahun 1895 oleh David McConnaughly Jr. Permainan Minton adalah serupa dengan permainan Morgan yang dipanggil Mintonette, kecuali ia menggunakan satu kayu pemukul atau bat untuk menghantar bola melintasi jaring.

Versi sejarah yang paling popular pula mengatakan bahawa permainan bola tampar dicipta oleh William G. Morgan, seorang pengarah jasmani YMCA di Holyoke, Massachusetts pada tahun 1895. Pada masa itu, jenis permainan rekreasi yang sesuai untuk lelaki berusia adalah terlalu sedikit, berat (strenuous), atau memerlukan terlalu banyak alatan dan ruang. Contohnya, permainan berpasukan seperti bola keranjang atau bola sepak adalah terlalu berat untuk golongan ini. Mereka memerlukan satu permainan yang tidak begitu kasar dan tidak menggunakan terlalu banyak tenaga untuk menyegarkan badan dan fikiran. Sehubungan itu, Morgan cuba mengembangkan satu permainan rekreasi yang sesuai untuk warga yang berusia. Beliau menggunakan permainan tenis sebagai dasar untuk permainan baru ini. Ketinggian jaring dinaikkan ke 6 kaki 6 inci dari lantai, bola yang telah dipam (inflated ball) digunakan untuk menggantikan bola tenis kecil dan tangan digunakan untuk memukul bola menggantikan raket. Pada mulanya, tiub bola keranjang (bladder) digunakan sebagai bola tetapi  ia terlalu ringan dan perlahan. Kemudian, ia digantikan dengan menggunakan bola keranjang namun bola tersebut pula terlalu besar dan berat. Akhirnya A.G. Spalding, sebuah syarikat pengeluar barangan sukan diminta membuat sebiji bola yang sesuai untuk permainan ini yang dinamakan Mintonettee sebelum namanya ditukarkan kepada nama sekarang iaitu bola tampar.

Permainan Mintonettee telah didemonstrasikan di gimnasium Maktab Springfield (School of Christian Workers) pada Julai 1896. Morgan membawa dua pasukan yang mengandungi lima pemain untuk setiap pasukan dan menunjukkan cara-cara untuk memainkan permainan MintonetteePada masa permainan dimainkan, Alfred T. Halstead, seorang ahli fakulti maktab tersebut memberi komen bahawa pemain-pemain tersebut kelihatan seperti sedang menampar bola berulang-alik melintasi jaring dan memberi cadangan agar permainan itu dipanggil ‘bola tampar’. Cadangan Halstead akhirnya diterima dan nama Mintonettee ditukar kepada bola tampar.


No comments:

Post a Comment