Saturday 17 December 2011

PETEMPATAN DAN PERKEMBANGANNYA



PENGENALAN

  1. Petempatan merujuk kepada tempat manusia tinggal dan berinteraksi antara satudengan yang lain melalui pelbagai aktiviti. Aktiviti-aktiviti tersebut adalah seperti pertanian, perikanan, perlombongan, pembalakan, perindustrian, perniagaandan perkhidmatan.
  2.  Kebanyakkan petempatan mempunyai saiz dan taburan yang berbeza. Misalnya,petempatan di kawasan kebun kecil berbentuk petempatan berselerak manakala petempatan yang besar dan padat adalah seperti bandar raya.
  3. Petempatan di bandar lebih lengkap dengan pelbagai prasarana dan perkhidmatan berbanding petempatan di luar bandar.


Peta Minda

PETEMPATAN AWAL

Lokasi Petempatan Awal Dunia :
  • Lembangan sungai Tigris-Euphrates (Mesopotamia)
  • Lembangan Sungai Nil
  • Lembangan Sungai Indus
  • Lembangan Sungai Hwang He

Lokasi Petempatan Awal di Malaysia
  • Gua
                                -            GuaNiah,Sarawak
  • Muara sungai
                                -            Sungai Melaka, Lembah Bujang
                                -            Kota Tampa
  • Pinggir pantai
                                -            Kuala Bereng, Terangganu
                                -            Teuk Davel, Sabah
  • Tanah Pamah
                                -            Pekan Pahang

Faktor Mempengaruhi Petempatan Awal Dunia
  • Dataran sungai yang subur
  • Kawasan rumput untuk ternakan
  • Bekalan air sungai untuk kegunaan domestik dan pengairan
  • Sungai sebagai jalan pengangkutan, pengairan dan perhubungan

Faktor Mempengaruhi Petempatan Awal di Malaysia
  • Bentuk muka bumi
  • Bekalan air dan sumber protein
  • Keselamatan
  • Pengangkutan dan perhubungan
  • Kegiatan ekonomi

JENIS PETEMPATAN

  1. Bandar
  2. Luar Bandar

Faktor Mempengaruhi :
  • Bentuk muka bumi
  • Tanih
  • Sumber
  • Ketersampaian
  • Kegiatan ekonomi
  • Dasar kerajaan

POLA PETEMPATAN

  • Pola petempatan ialah corak susun atur bangunan atau rumah di sesuatu tempat.
  • Pola petempatan dapat dilihat dari jauh melalui pandangan udara.
  • Petempatan di Malaysia dapat dibahagikan kepada empat pola, iaitu:

Pola Petempatan Berselerak


Berselerak
  • Bangunan  atau rumah dibina berselerak tanpa susunan teratur
  • Terdapat di kawasan kebun sayur, kebun kecil getah, kawasan dusun, kawasan sawah padi.


Pola Petempatan Berjajar


Berjajar
  • Rumah / bangunan dibina selari dengan jalan raya, jalan kereta api, sepanjang pantai, sungai, permatang dan parit atau tali air.
  • Didapati di perkampungan nelayan dan kawasan penanaman padi.





Pola Petempatan Berpusat

Berpusat
  • Bangunan / rumah dibina rapat-rapat, padat dan berpusat pada sesuatu objek
  • Biasanya terdapat di pekan, bandar dan persimpangan jalan.


Pola Petempatan Berkelompok

Berkelompok
  • Terdapat di simpang jalan raya, jalan kerata api, muara sungai, ladang getah dan kelapa sawit awasta
  • Fungsi:
                                -            Pengeluaran, pengumpulan, pemprosesan, pengedaran hasil pertanian, perniagaan, perkhidmatan, industri desa atau pelancongan

No comments:

Post a Comment