Sunday, 18 December 2011

PIRAMID MAKANAN MALAYSIA



PIRAMID MAKANAN MALAYSIA


Apakah dia Piramid Makanan?


Satu Carta yang membantu kita untuk merancang pengambilan jenis-jenis makanan dan sukatan makanan yang sesuai untuk kita setiap hari .




Berapakah kumpulan makanan terdapat dalam Piramid Makanan?


Makanan dibahagikan kepada 5 kumpulan utama yang diletakkan pada paras yang berbezabeza di dalam Piramid Makanan Malaysia:



• Paras 1
- Nasi, mi, bihun, roti, bijirin dan produk bijirin lain serta ubi-ubian


• Paras 2
- Buah-buahan dan sayur-sayuran


• Paras 3
- Ikan, ayam & itik, daging dan kekacang
- Susu dan produk tenusu


• Paras 4
- Lemak, minyak, gula dan garam





Berapakah sajian yang perlu kita ambil dalam sehari?


• Paras 1
o Bijirin-bijirin & bijirin berpangkalan produk-produk dan ubi-ubi (8-12 sajian)


• Paras 2
o Buah-buahan dan sayur-sayuran (3-5 sajian)


• Paras 3
o Ikan, ternakan, daging dan kekacang (2-3 sajian)


• Paras 4
o Susu dan hasil tenusu (1-2 sajian)




Apakan dia saiz sajian?


Saiz sajian merujuk kepada jumlah makanan dalam kumpulan yang sama yang mempunyai kandungan zat yang serupa dan boleh ditukar ganti .

No comments:

Post a Comment